Adakah hasil tanaman lebih baik dengan Set Hidroponic ini?
Percaya atau tidak kaedah menggunakan set Hidroponik ini berjaya menghasilkan tanaman 300% lebih cepat daripada tanaman menggunakan tanah. Kenapa? Kerana dengan nutrien daripada baja yang sedia ada disamping penggunaan air sebagai media pertumbuhan, tanaman menggunakan kaedah ini mampu membesar dengan cepat.
Jika tanaman menggunakan tanah, biasanya para petani menghadapi masalah dari segi cuaca, dan kualiti tanah. Secara tak langsung masalah ini akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman.
Tanpa kita sedari, kebanyakkan para petani mengambil inisiatif mudah untuk menyuburkan tanaman dan mengelakkan serangan serangga dengan menyembur racun serangga yang memang terbukti menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia. Justeru dengan set Hidroponik ini, hasil tanaman anda akan terjamin kebersihannya.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|














